26 March 2011

SEMPENA EARTH HOUR 2010

Saya rasa kempen Earth Hour adalah satu jenaka dari berpuluh-puluh jenaka yang diterima oleh masyarakat. Apatah lagi bagi sebuah masyarakat yang tata pemikirannya selalu beranggapan yang baik itu dari mat salih dan yang mat salih itu adalah pemikiran moden dan harus dikiblati.

Saya tidak memadamkan lampu rumah dan kipas rumah saya saya kerana saya takut nanti saya tersadung kaki meja ataupun terhantuk dinding. Sekiranya ini berlaku, pasti istri saya kalut untuk membawa saya ke hospital. Maka banyak lagi consequences daripadanya. Contohnya perlu menggunakan lif untuk turun dari rumah, kemudian perlu memandu dengan membakar petrol untuk sampai ke Hospital. Maka sebagai pemimpin dalam keluarga, saya menolak pergerakan ini.

Elektrik juga menjamin keselamatan. Ketua syarikat atau organisasi yang memutuskan untuk membehentikan elektrik di main switch adalah satu kebebalan. Ini kerana apabila bekalan elektrik dimatikan 100%, maka kemungkinan besar alarm dan CCTV tak akan berfungsi dan memudahkan pencuri menjalankan kerja mereka.

Beribu orang juga perlu menggunakan laptop & komputer yang semestinya menggunakan tenaga untuk menulis status facebook atau Twitter yang berkaitan Earth hour. Saya rasa, sekiranya Earth Hour tiada, agak banyak juga tenaga yang dapat dikurangkan kerana laptop dan komputer tak perlu dihidupkan. Back to square one.

Begitu juga dengan kempen-kempen Earth Hour ini. Mungkin tenaga yang digunakan untuk tujuan promosi kempen ini sebenarnya sudah melebehi dari kononnya penjimatan Earth Hour ini.

hakikat lain yang perlu diterima ialah pemadaman lampu selama seja tidak mengurangkan penggunaan sumber. Malah sekiranya kelab dangdut tiada lampu kelip-kelip, rumah orang kaya-kaya di Seksyen 7 Shah Alam dan shopping complex tidak menggunakan pendingin hawa, ia tidak mengurangkan penggunaan sumber. Ia hanya melambatkan proses, bukan mengurangkan. Misconception ini perlu ditazkirah kepada mereka yang perasan sangat berjasa kepada alam sekitar.

Mungkin ada badigol yg perasan aktivis green peace mengatakan acara ini adalah satu mesej. Persoalannya adakah mesej ini sampai kepada mereka yang dihasratkan. Adakah pembuat dasar negara di parlimen menerima mesej ini. Untuk menghantar mesej bukan lah dengan memadam lampu rumah dah kedai-kedai, mesej patut dihantar dalam utusan seperti memo, surat resmi, kertas kabinet, email dan lain-lain. Memadam lampun bukanlah menyebabkan suatu maklumat sampai.

Seperkara lagi, dalam kehidupan post-modern ini juga, selalunya kesadaran seperti ini datang dari negara maju yang makannya cukup. Setelah mereka muai dengan kemewahan dunia moden, barulah mereka memikirkan tentang alam sekitar. Sedangkan pada hakikatnya merekalah yang terlebih dahulu menjahanamkannya tanpa rasa apa-apa. Di negara kita, orang Jakun di hutan Pahang terpaksa menebang hutan (atau setidaknya memungut hasil hutan) untuk survival mereka sekeluarga.

2 komen:

Kechik said...

Haha.... Tujuan earth hour nak mengurangkan kesan rumah hijau dan mengurangkan pemanasan global. Tapi saya pndapat makin panas dunia saya jika saya memadamkan kipas umah saya

Anonymous said...

mana comment lagi nih, sibuk main dengan phat jer ker?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails