13 February 2011

SEMPENA HARI KEKASIH

Hari ini hari istimewa
bini, awek, marka, skandal dapat bunga
makan restoran ratus-ratus harga

untung-untung abang sayang dapat servis lebih juga
yang belum kawin pastikan line clear!

Ustaz cakap haram
Karpal Sing cakap tak haram
JAWI tangkap kalau ringan-ringan
Pegang-pegang pun jangan.

Kumpul ramai-ramai di BB
Beratus couple depan Pavvy
ada dua tiga kerat yang masuk dalam 3gp tak lama lagi.

Yang takde pasangan
Tak payah tekanan perasaan
mungkin rezeki tahun depan
try mandi bunga tepi jamban
kalau tak ada juga yang berkenan
sila ke thailand buat pembedahan!

Hari ini hari valentine
hati-hati kalau nak check-in!

Kepada semua yang ditinggal kekasih
Kepada semua ditipu kekasih
Kepada semua yang tiada kekasih
Jangan-jangan kamu besedih
sebuah revolusi takperlu kekasih
sebuah kebahagiaan tak perlu kekasih
buih sabun pun boleh.

0 komen:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails