20 January 2011

FAHD

Fahd selepas diazankan, lebih kurang 10 minit baru lahir.

Isteri saya, selamat melahirkan anak lelaki pada jam 10 Januari 2011, di hospital segamat.

1. Nama anak sulung sulung saya ialah Fahd. Ye, Fahd je. Makna Fahd ialah jagoan. Kalau sesiapa yang tak tau, kereta Toyota Alphard adalah asal dari perkataan Fahd. Tujuan Tooyota adalah untuk penetrate market negara Arab. Tapi saya masih lagi memakai kereta Proton dua pintu buatan Tanjung malim.

2. Dilahirkan di Hospital Segamat, iaitu hospital kerajaan. Dengan kata lain, ianya free. Semuanya free, termasuklah free parking. Berbanding dengan hospital kerajaan di sekitar KL, parkingnya masih kena bayar kerana ianya diswastakan. Saya menyokong ideologi komunisma yg didukung hospital Segamat yang memberi semuanya percuma kepada rakyat disekitar segamat. Saya tak mampu membawa isteri saya ke KPJ atau Pantai Hospital walaupun gaji saya RM 9,000 sebulan.

3. Saya menyaksikan sendiri isteri saya bersalin. Malangnya saya terlepas moment anak saya keluar melihat dunia kerana ia berlaku sangat pantas. Saya menemani isteri saya dari sejam sebelum anak saya lahir dan menenangkan isteri saya yang layan sakit akibat contraction. Lawak-lawak bodo saya juga tidak dilayan oleh isteri saya.

4. Saya menitiskan air mata dua kali. Pertama semasa melihat isteri saya kesakitan semasa contraction di labor room. Kedua semasa anak saya selamat keluar dan diletakkan atas perut isteri saya.

5. Sebaik sahaja anak saya dilahirkan, saya berkobar-kobar membelikan gelang tangan emas. malangnya kedai emas sudah ditutup di segamat pada ketika itu. Butik Gucci juga tidak ada di pekan segamat. Namun, semangat berkobar-kobar itu kian pudar sedikit demi sedikit.

6. Saya sarankan semua orang supaya menghargai ibu dan isteri masing-masing.

6 komen:

Azwani Hasleem said...

Ha..TAU TAKPEEEEEEEEEEEEEEE

Azwani Hasleem said...

Ops, lupa plak - CONGRATS BRO!

topex said...

Tahniah utk korang berdua bro..

1. Kate nak bersalin kt Putrajaya??

2. Aku baru tau psl Alphard tu. Kalau ko kencing aku x tau le..huhu

mohdfaidzal said...

congrats pekji!! from apai & wanie & ameena..

ct nadz and lokman said...

congrats poji!!

AmatMizi said...

congrats bro... power gak bahasa arab ko ek...

kira lu ada hati & perasaan jugak la ek sampai menangis..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails