20 December 2010

SEMPENA 5 TAHUN SAYA KERJA KERAJAAN

(19 Disember 2005 - 19 Disember 2010)

Ini adalah beberapa tersurat dan tersirat. Cubitan-cubitan manja ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Memandangkan gua jugak pernah kerja swasta, gua rasa sama je. Kat swasta pun sama lebih kurang sebenarnya.

"Minggu ni ada event penting kat opis"
Tersirat : Aku akan jadi pak Pacak.

"Kena balik lambat hari ni sebab banyak kerja"
Tersirat : Tengahhari tadi rehat lama sangat, sebab tu kerja tak siap sebelum pukul 5.

"Tadi satu lif dengan Menteri masa nak datang ofis"
Tersirat : Menteri tak kenal aku. Aku je kenal menteri.

"Kena outstation pergi Kemaman la minggu depan..."
Tersirat : Bila agaknya claim outstation aku yang minggu depan tu masuk.

"Aku ada meeting petang ni"
Tersirat : Bos aku EL, aku la yang jadi barua ganti dia masuk meeting.

Bos kata, saya nak benda ni sebelum esok.
Tersirat : Bos suruh siapkan hari ni jugak lah tu.

"Dalam proses..."
Tersirat : Belum buat la tu.

"Saya labih suka pegawai-pegawai muda yang terlibat..."
Tersirat : Memang nak suruh budak-muda buat kerja dia.

Bos kata - "Masa zaman saya dulu, saya bla bla bla bla..."
Tersirat : Bos nak cakap dia hebat lah tu.

Hari ni saya mesyuarat di Putrajaya, tengok lah...kalau saya sempat, saya akan masuk opis semula.
Tersirat : Kompemmm tak masuk opis semula.

0 komen:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails