Ini adalah lapuran pertama tentang perkawinan dalam blog gua, iaitu member baik gua, Fio dan Fiza atau lebih dikenali dengan nama Fioza. Fio juga lebih dikenali dengan nama lain seperti Encik Pian (bukan Pian Habib) dikalangan kakitangan bawahan beliau. Jadi gua akan melapurkan rentetan cerita yang pastinya sangat bersejarah bagi gua, dan gua menumpang kegembiraan mereka sebagai pengapit.
Maka kepada jejaka bujang mahupun laki orang yang ada usya-usya Fiza silalah berhenti. Kerana Fiza telah pun disunting olih Fio yang dideskripsi olih sesetangah orang sebagai introvert ituu. Kepada skandal lama, dan TTM-TTM Fio pula, sila tabahkan hati dan kuatkan semangat.
Gua juga ingin mengingatkan, cinta agung Fio dan Fiza mungkin boleh lah di sama kan dengan cinta agung Shah Jahan dan Mumtaz Mahal walaupun Fio masuh belum membina apa-apa prasasti untuk membuktikan cinta kepada Fiza. Sama ada Fio pernah conteng "Fioza was here" pakai kunci kereta kat meja kedai mamak Bestari, seri Hartamas, itu gua tak tahu.
6 November 2009 - Jumaat
Gua mintak kebenaran dengan bos gua untuk keluar awal hari tu nak menghadiri majelis pernikahan ini di rumah Fiza atau nama FBnye Fizzz Masram di Pandan Indah. Gua dengan member gua Yang Mulia Raja Shammir sampai ke surau tempat Fio dan family berkumpul di surau di Pandan Indah.
Masa kat surau ni gua ngan Shammir cuba menulong Fio memperkemaskan samping agar kelihatan lebih kacak dari hari biasa. Gua bajet, percubaan dalam 27 kali baru dapat dikemaskan samping tersebut. Gua nyaris-nyaris pakaikan tali pinggang kerja kat samping Fio kasi ketat.
Masa kat surau ni gua ngan Shammir cuba menulong Fio memperkemaskan samping agar kelihatan lebih kacak dari hari biasa. Gua bajet, percubaan dalam 27 kali baru dapat dikemaskan samping tersebut. Gua nyaris-nyaris pakaikan tali pinggang kerja kat samping Fio kasi ketat.
Shamir: Lu ingat senang ke gua yang keturunan Raja pakaikan samping lu jon?
Fio: Ala, gua kan raja sehari...Kasi can laa..
Pekji: Lu tunggu jap, gua cari tali rafia. Leher lu pun gua boleh jerut nanti.
Kehadiran gua ke majlis pernikahan tu atas ajakan Fio memandangkan takut-takut Tok Kadi tanya soalan yang dia tak dapat jawap. Memandangkan gua sekolah ugama, maka gua standby.
Semasa turun dari surau ke rumah Fiza, hujan renyai-renyai. Gua bisik kat Shamir, diorang ni tak campak baju Fiza kat atas bumbung ke?. Shamir cakap gua khurafat. Gua main-main je. Gua bajet, memang Fio doa kasi hujan hari tu agar cuaca lebih sejuk pada saat-saat malam pertama mereka.
Semasa sesi nak nikah semua berjalan lancar. Bapak Fiza, Haji Masram yang menikahkan sendiri dengan penuh komfiden. Fio juga menyambut..."aku terima nikah ....." dengan pantas dan laju yang gua saspek dah praktis 4 bulan setengah. Dengan sekali lapas, Fio sah menjadi suami. Gua ngan Shamirr senyum sambil kitorang menyelitkan lawak-lawak bangsat yang pastinya di ban olih Lembaga Penapisan Filem.
Semasa sesi nak nikah semua berjalan lancar. Bapak Fiza, Haji Masram yang menikahkan sendiri dengan penuh komfiden. Fio juga menyambut..."aku terima nikah ....." dengan pantas dan laju yang gua saspek dah praktis 4 bulan setengah. Dengan sekali lapas, Fio sah menjadi suami. Gua ngan Shamirr senyum sambil kitorang menyelitkan lawak-lawak bangsat yang pastinya di ban olih Lembaga Penapisan Filem.
Gua tengok Fiza menitissskan air mata kegembiraan dapat mempersuamikan Fio yang mempunyai rak basikal di atas kereta Swift beliau. Gua juga diberitahu Fio yang dia juga sebak sebab teringatkan Aruah bapaknya yang meninggal dunia beberapa tahun lepas. Gua ngan Shammir pulak hampir menitiskan ayor mate bila majlis tu lambat nak setel sebab gua dah ternampak ayam goreng kat bawah khemah. Tambahan pulak gua takut karipap ayam habis. Kalau tak memang gua mengamuk!
Gua sampai opis semula lebih kurang pukul 4.45 ptg. Oh ya, gua dengan Shamir segak memakai baju kemeja dengan Songkok baldu seperti pemuda UMNO yang juga kontrektor kelas F nak pergi mesuarat bahagian.
Pada malamnya, gua pergi melepak dengan encit pengantin baru sambil makan sate. Katanya sebab dah nikah. Fokus perbincangan tentang bagaimana kenduri resepsi hari berikutnya akan menjadi segempak majlis Mawi dan Ikin atau setidak-tidaknya seperti Wahida dengan Akil Haiiy.
Berdasarkan pengalaman tak seberapa gua menjadi pengapit sekitar Bota dan Bandar Manjalara, kitorang merangka modus operandi untuk hari berikutnya...
bersambung lagi 2-3 hari sebab gua lapar nak kena masak Megi...
+ foto rembat dari FB kakak Fio

5 respon:
tahniah fio.
kepada pekji, aku tengok ada iras2 YB. PRU akan datng ko boleh bertanding kat parlimen Bandar Tun Razak lawan dgn MB s'gor heheh
ex-uum
tahniah dr aku juga utk fio a.k.a alfian.
maaf aku x dpt hadir ke majlis bahagia ko. maaf juga aku x dpt msg ketidakhadiran aku sbb no henpon ko xde plak dlm henpon aku.
aku yg sadis,
zaid zulkifli
gile hensem ko masa ni... !!! haha
EX UUM aka AZIZAL BUNCIT
Nanti aku masuk bertanding pertandingan buat case study sempena aku tulis komen ni masa kelas buat case study. haha
ZAID
ko tak dtg pun takpe, bukan ko wali or pengantin ke hape..
BCL
Harap anda ikhlas.
seikhlas hati ni..ke camera yg dipakai menampakkan lagi ko super plus hensem?
Post a Comment